Wednesday, 26 March 2014

Wataniah POLIMAS the BESTt!

sem 1 & sem 2 bergambar bersama senior ;)

Laguuuu~

LAGU ASKAR WATANIAH

Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan

Mari muda dan mudi
Sahutlah seruan pertiwi
Tak kira keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya

Kami sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali

Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara 




SENYUM (LAGU TEMA WATANIAH POLIMAS)

Senyum seindah suria..
Yang membawa cahaya..
Senyum la dari hati..
Dunia mu berseri..
Senyum umpama titian..
Dalam kehidupan..
Kau tersenyum..
Ku tersenyum..
Kemesraan menguntum..
Senyum.............
Kepada semua..
Senyumanmu...... 
Amatlah berharga....
Senyum..........
Membahagiakan....
Dengan senyuman..
Terjalin lah.......
Ikatan..........


INILAH BARISAN KITA

Inilah barisan kita..
Yang ikhlas berjuang..
Siap sedia berkorban..
Untuk ibu pertiwi...
Sebelum kita berjaya..
Jangan harap kami pulang..
Inilah sumpah pendekar kita..
Menuju medan bakti....
Andai kata kami gugur semua..
tabur lah bunga di atas pusara..
Kami mohon doa..
Malaysia berjaya...
Semboyan telah berbunyi..
Menuju medan bakti..
*ulang*

pemandangan di polimas ;)


(DEWAN SRI MAS)

'
(BANGUNAN 7TINGKAT)


(KAMSIS)




pengarah baru










politeknik sultan abdul halim muadzam shah dah dapat pengarah baru.. Pn Asmara bt Sulong... :D

Misi & Visi POLIMAS









MISI POLIMAS

Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif,berdaya keusahawanan,kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.






VISI POLIMAS


Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.

Pengenalan









Assalamualaikum ..w.b.t

Tujuan menulis blog ini kerana saya mendapat tugasan daripada pensyarah . Blog ini salah satu tugasan dalam subjek BC101 . Saya diminta menulis satu blog mengenai Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS).  merupakan sebuah politeknik yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra,Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac  dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah terkini. Semenjak dari tarikh ini nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.